PERATURAN FORUM PPG UMS SAINS

View previous topic View next topic Go down

PERATURAN FORUM PPG UMS SAINS

Post by Panglima Markas Operasi on Sun Feb 17, 2013 4:06 am

* Dilarang dari membuat sebarang topik, perbincangan, perdebatan, persoalan, penulisan, pos, tandatangan atau seumpamanya tentang isu-isu yang melibatkan:
1. Agama, perkauman, bangsa, jantina dan seksual.
2. Skim-skim affiliate, pinjaman, insuran, cepat kaya, MLM (Multi Level Marketing), perniagaan mata wang asing (Forex) atau seumpamanya.
3. Pengiklanan peraduan, sumbangan, derma, tabungan, promosi blog/web atau seumpamanya.
4. Pengiklanan produk, barangan atau perkhidmatan yang bertujuan keuntungan atau sebaliknya.
5. Sebarang aktiviti yang dilarang atau haram di bawah kategori Kerajaan Malaysia.

* Dilarang menggunakan perkataan atau ayat yang berunsur:
1. Tidak Sopan atau sensitif untuk dipandang atau didengar oleh masyarakat Malaysia.
2. Penyindiran atau penyinggungan secara langsung terhadap ahli atau seumpamanya.
3. Lucah samada tersirat atau tersurat.
4. Provokasi atau spekulasi terhadap sesuatu isu.
5. Penipuan atau pembohongan.
6. Kasar, kesat, maki hamun, ngadu domba, batu api, hasad dengki atau seumpamanya.
7. Dilarang dari sebarang aktiviti perbincangan, perancangan atau pembuatan kod-kod tatacara pengodaman atau pengklonan atau seumpamanya.
8. Dilarang dari membuat pos atau ulangan pos yang bertujuan untuk meninggikan pangkat atau seumpamanya.


PENGIKLANAN

* Pengiklanan produk atau perkhidmatan samada secara bergambar atau teks hanya boleh dilakukan di dalam kategori forum tertentu dengan syarat-syarat tertentu sahaja. Maka dengan ini forum-forum lain adalah dilarang sama sekali mengiklankan sebarang bentuk pengiklanan samada bertujuan keuntungan atau sebaliknya.

ETIKA & TATASUSILA

* Dilarang dari menggunakan kodpapan, saiz, warna atau huruf besar yang keterlaluan.
* Dilarang dari merancang atau membuat sesuatu tindakan yang berbentuk serangan peribadi ke atas ahli.
* Dilarang dari membuka topik yang tidak berkaitan atau tidak relevan dengan Forum.
* Dilarang dari memuatnaik gambar atau imej yang tidak relevan dengan forum atau perbincangan atau penulisan atau avatar.
* Dilarang dari sebarang aktiviti menaikkan status, taraf, darjat, pangkat, martabat atau seumpamanya terhadap diri sendiri atau orang lain. Pujian sederhana dibenarkan.
* Singkatan bahasa adalah dibenarkan namun jangan terlalu ringkas sehingga merosakkan kedaulatan Bahasa Melayu.
* Sila gunakan nama sebenar sebagai username.
*Sebelum memulakan sesuatu topik baru, pastikan tidak wujud sebarang topik forum yang sama atau hampir sama.

*PERATURAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA SELARAS DENGAN ISU YANG BERBANGKIT
avatar
Panglima Markas Operasi
Admin

Posts : 16
Join date : 10/02/2013
Location : Forward operation Base

http://ppgumssc1.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum